JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020]
Kod CUS941-001-3:2020-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELARASAN PEKERJA BELIA
Penerangan CUPenyelarasan Pekerja Belia menerangkan daftar dan tugasan, urus latihan, pembangunan kerjaya, hasil kerja Pekerja Belia, penilaian prestasi, kebajikan dan keselamatan (enabling, ensuring dan empowerment). Unit kompetensi bagi memastikan keperluan dan pembangunan Pekerja Belia diselaraskan dengan baik.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah dapat sediakan senarai daftar dan senarai tugasan untuk Pekerja Belia, kawal selia tugasan Pekerja Belia, tingkatkan keupayaan latihan kemahiran Pekerja Belia, urus kebajikan, kesihatan dan keselamatan Pekerja Belia dan nilaikan prestasi Pekerja Belia.

Hasilan CU ini adalah meningkatkan keupayaan kawal selia tugasan dan pembangunan kerjaya Pekerja Belia.
Tempoh Latihan680
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah meningkatkan keupayaan kawal selia tugasan dan pembangunan kerjaya Pekerja Belia.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sedia senarai daftar dan senarai tugasan Pekerja Belia.
2. Kawal selia tugasan Pekerja Belia. .
3. Tingkatkan keupayaan Pekerja Belia.
4. Urus kebajikan Pekerja Belia.
5. Nilai prestasi Pekerja Belia.
Pra-SyaratTiada