JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020]
Kod CUS941-001-3:2020-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN BELIA
Penerangan CUPelaksanaan Projek Pembangunan Belia menerangkan kemahiran pengurusan pelaksanaan projek jangka masa pendek mengikut lokaliti dengan menggunakan sumber secara efisen dan berdasarkan proses kerja yang sistematik.

Personel yang terampil bagi CU hendaklah dapat mengurus kewangan dan perolehan, kumpul dana, kenal pasti risiko, urus dokumen berkaitan projek, buat mesyuarat berkaitan projek, urus tempahan logistik dan laksana projek.

Hasilan CU ini adalah pelaksanaan projek pembangunan belia dapat dilaksanakan mengikut objektif dan perancangan yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan680
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelaksanaan projek pembangunan belia dapat dilaksanakan mengikut objektif dan perancangan yang telah ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Urus asas kewangan.
2. Kumpul dana projek pembangunan belia.
3. Kenal pasti risiko projek.
4. Urus dokumen berkaitan projek.
5. Anjur mesyuarat berkaitan projek.
6. Urus tempahan logistik.
7. Laksana projek.
Pra-SyaratTiada