JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020]
Kod CUS941-001-3:2020-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENALPASTIAN KARAKTER BELIA
Penerangan CUPengenalpastian Karakter Belia menerangkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran untuk mengenalpasti karakter belia berdasarkan personaliti, aset dalaman, luaran serta potensi yang ada pada diri belia. Dengan memahami karakter belia, pendekatan yang bersesuaian dapat diambil khususnya untuk meningkatkan keupayaan belia secara optimum. Skop dan limitasi pendekatan ke atas belia perlu mengambil kira kesesuaian peserta.

Personel yang terampil bagi CU hendaklah boleh mengenalpasti kumpulan sasaran belia, menyediakan maklumat karakter belia, mengkategorikan karakter belia dan melapor karakter belia.

Hasilan CU ini adalah karakter belia dapat dikenalpasti secara terperinci untuk menentukan pendekatan bersesuaian yang boleh diambil oleh Personel dalam mendekati belia.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah karakter belia dapat dikenalpasti secara terperinci untuk menentukan pendekatan bersesuaian yang boleh diambil oleh Personel dalam mendekati belia.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti kumpulan sasaran belia.
2. Sedia bahan pengumpulan maklumat karakter belia.
3. Kategori karakter belia.
4. Sedia laporan karakter belia.
Pra-SyaratTiada