JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELIAAN AKTIVITI PENGURUSAN PUSAT PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPenyeliaan Aktiviti Pengurusan Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi menyelia dan memantau segala operasi harian Pusat Pembenihan supaya berjalan mengikut jadual operasi yang telah ditetapkan dan juga memantau dan menyelia kakitangan ladang.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh jalankan pemantauan operasi harian Pusat Pembenihan, selia kakitangan Pusat Pembenihan dan sediakan laporan aktiviti penyeliaan Pusat Pembenihan.

Hasilan CU ini adalah aktiviti pengurusan Pusat Pembenihan ikan air tawar diselia dengan berkesan mengikut MyGAqP dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang seterusnya menyumbang kepada kelancaran operasi Pusat Pembenihan.
Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mengoptimumkan hasil pengeluaran Pusat Pembenihan dengan jumlah sumber sedia ada.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:

1 Jalankan pemantauan operasi harian Pusat Pembenihan
2 Selia kakitangan Pusat Pembenihan.
3 Sediakan laporan aktiviti penyeliaan Pusat Pembenihan.
Pra-Syarat0