JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENJAGAAN KESIHATAN DAN BIOSEKURITI IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPenjagaan Kesihatan dan Biosekuriti Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi untuk mencegah penyakit daripada terkena kepada induk dan benih ikan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh basmi kuman peralatan Pusat Pembenihan, basmi kuman kenderaan ke Pusat Pembenihan, kawal makhluk perosak, pantauan sistem pengairan, saliran dan pemagaran ladang, jaga kesihatan ikan, lupus bahan buangan dan sisa Pusat Pembenihan, pantau rekod pengeluaran dan dokumen daya jejak (traceability), pantau kebersihan dan sanitasi dan semak pematuhan peraturan.

Hasilan CU ini adalah kerja pemantauan pematuhan peraturan dan pelaksanaan biosekuriti dilakukan mengikut Amalan Akuakultur Baik supaya benih ikan terhindar dari penyakit.
Tempoh Latihan340
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh memantau pematuhan peraturan dan pelaksanaan keselamatan Biosekuriti mengikut Amalan Akuakultur Baik supaya benih ikan terhindar dari penyakit.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:

1 Basmi kuman peralatan Pusat Pembenihan.
2 Basmi kuman kenderaan ke Pusat Pembenihan.
3 Kawal makhluk perosak.
4 Pantau sistem pengairan, saliran dan pemagaran ladang.
5 Jaga kesihatan ikan.
6 Lupus bahan buangan Pusat Pembenihan.
7 Pantau rekod pengeluaran dan dokumen daya jejak (traceability).
8 Pantau kebersihan dan sanitasi.
9 Semak pematuhan peraturan.
Pra-Syarat0