JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPengeluaran Benih Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja penuaian, penggredan dan pembungkusan benih ikan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang pengeluaran benih, lakukan kerja mengutip rega, pindah rega ke tempat asuhan, tentukan kadar pemakanan rega dan benih, pantau asuhan rega dan benih, tuai benih ikan, gred benih ikan, lakukan kerja pembungkusan benih dan lakukan kerja penghantaran benih.

Hasilan CU ini adalah benih ikan air tawar dapat dikeluarkan mengikut spesifikasi operasi dan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tempoh Latihan450
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menggred, menuai dan membungkus benih ikan mengikut spesifikasi operasi dan prosedur kerja.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:

1. Rancang pengeluaran benih.
2. Lakukan kerja mengutip rega.
3. Pindah rega ke tempat asuhan.
4. Tentukan kadar pemakanan rega dan benih.
5. Pantau asuhan rega dan benih.
6. Tuai benih ikan.
7. Lakukan kerja menggred gred benih ikan.
8. Lakukan kerja pembungkusan benih.
9. Lakukan kerja penghantaran benih.
Pra-Syarat0