JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBIAKAN BAKA INDUK IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPembiakan Baka Induk Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja penyediaan baka-baka induk yang berkualiti untuk menghasilkan benih yang baik.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh terima bekalan induk, sedia tempat induk, pantau kualiti air ternakan induk, pilih baka induk, tentukan jumlah pemakanan induk, pantau perkembangan induk, pilih induk matang, lakukan pembiakan semulajadi, lakukan pembiakan kaedah separa semulajadi dan lakukan pembiakan kaedah aruhan.

Hasilan CU ini adalah benih ikan air tawar yang bermutu dapat dikeluarkan mengikut spesifikasi tanpa pembaziran dan kecacatan.
Tempoh Latihan670
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mengendalikan aktiviti-aktivi pembiakan baka induk dengan baiknya.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:

1. Terima bekalan induk.
2. Sedia tempat induk.
3. Pantau kualiti air ternakan induk.
4. Pilih baka induk.
5. Tentukan jumlah makanan induk.
6. Pantau perkembangan induk.
7. Pilih induk matang.
8. Lakukan pembiakan semulajadi.
9. Lakukan pembiakan kaedah separa semulajadi.
10. Lakukan pembiakan kaedah aruhan.
Pra-Syarat0