JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELIAAN PENGURUSAN MAKANAN PUSAT PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPenyeliaan Pengurusan Makanan Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja penyediaan makanan induk, makanan hidup dan makanan rumusan untuk benih ikan. Ia juga melibatkan kerja-kerja pemberian dan pengurusan stok makanan tersebut.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang penyediaan makanan hidup, tentukan keperluan makanan ternakan (benih dan induk), ternak fitoplankton, ternak moina, tetas artemia, beri makan rega dan selia stok bekalan makanan rumusan.

Hasilan CU ini adalah pengurusan makanan Pusat Pembenihan ikan
air tawar diselia mengikut spesifikasi operasi dan Prosedur
Operasi Standard (SOP) agar makanan yang bermutu dapat disediakan dengan cukup tanpa pembaziran.
Tempoh Latihan340
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menguruskan bekalan dan pemberian makanan kepada ternakan Pusat Pembenihan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:

1. Rancang penyediaan makanan hidup.
2. Tentukan keperluan makanan ternakan (benih dan induk).
3. Ternak fitoplankton.
4. Ternak Moina.
5. Tetas Artemia.
6. Beri makan rega.
7. Selia stok bekalan makanan rumusan.
Pra-Syarat0