JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KUALITI AIR PUSAT PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPengendalian Kualiti Air Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja mengendali operasi pengujian kualiti air, rawatan kualiti air dan rawatan air buangan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh ambil sampel air Pusat Pembenihan, analisis kualiti air, rawat kualiti air dan rawat air buangan/effluent.

Hasilan CU ini adalah kualiti air Pusat Pembenihan ikan air tawar dikendalikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan pihak berkuasa.
Tempoh Latihan90
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mengendalikan kualiti air di Pusat Pembenihan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Ambil sampel air Pusat Pembenihan.
2. Analisis kualiti air.
3. Rawat kualiti air.
4. Rawat air buangan/effluent.
Pra-Syarat0