JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN PUSAT PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPenyediaan dan Penyelenggaraan Kemudahan Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar adalah salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja pemasangan sistem tangki sehinggalah kerja ujilari untuk memastikan sistem Pusat Pembenihan berfungsi sepenuhnya.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh tentukan kemudahan asas Pusat Pembenihan, sedia peralatan-peralatan Pusat Pembenihan, sedia sistem sokongan Pusat Pembenihan, sedia peralatan keselamatan, sedia bahan-bahan dan peralatan pembenihan dan selenggara kemudahan Pusat Pembenihan.

Hasilan CU ini adalah sistem tangki dipasang dengan sempurna, kondisi tangki terjaga, kuantiti dan parameter air berada pada tahap yang optimum dan sistem tangki Pusat Pembenihan dapat berfungsi dengan sempurna mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan pihak berkuasa seterusnya memberikan kualiti air yang terbaik untuk pembenihan.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menyediakan dan menyelenggara kemudaha Pusat Pembenihan dengan betul, teratur dan kemas.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Tentukan kemudahan asas Pusat Pembenihan.
2. Sedia peralatan-peralatan Pusat Pembenihan.
3. Sedia sistem sokongan Pusat Pembenihan.
4. Sedia peralatan keselamatan.
5. Sedia bahan-bahan dan peralatan pembenihan.
6. Selenggara kemudahan Pusat Pembenihan.
Pra-Syarat0