JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN BENIH IKAN AIR TAWAR [A032-005-3:2020]
Kod CUA032-005-3:2020-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMILIHAN TAPAK PUSAT PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR
Penerangan CUPemilihan Tapak Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar merupakan salah satu kompetensi yang diperlukan untuk bidang kerja ternakan akuakultur. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja menentukan kawasan untuk ternakan Pusat Pembenihan dari aspek status tanah sehinggalah ke kerja-kerja penyedian kawasan lapang yang siap sedia untuk ternakan Pusat Pembenihan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh ambil sampel tanah, uji sampel air dan nilai kesesuaian lokasi tapak.

Hasilan CU ini adalah kerja pemilihan tapak Pusat Pembenihan ikan air tawar dilakukan mengikut spesifikasi operasi dan peraturan pihak berkuasa supaya pengeluaran Pusat Pembenihan ini dapat dimaksimakan dan kos penyelenggaraan dapat diminimakan.
Tempoh Latihan70
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menilai kesesuaian tapak sesuatu Pusat Pembenihan dan mencadangkan pembetulan sekiranya terdapat ketidaksesuaian yang boleh diperbetulkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Ambil sampel tanah.
2. Uji sampel air.
3. Nilai kesesuaian lokasi tapak.
Pra-Syarat0