JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPERKHIDMATAN MASYARAKAT ORANG ASLI [ET-016-1:2013]
Kod CUET-016-1:2013-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KEPERLUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Penerangan CUTajuk pengendalian keperluan kebajikan masyarakat menerangkan ketrampilan dalam mengendalikan keperluan kebajikan masyarakat.

Individu ini bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan aktiviti kebajikan masyarakat.

Individu yang berketrampilan dalam CU ini boleh membantu menyediakan keperluan aktiviti kebajikan masyarakat yang sentiasa diadakan bagi membantu masyarakat mendapatkan bantuan.

Hasilan daripada ketrampilan ini ialah individu yang mampu menyediakan keperluan aktiviti kebajikan masyarakat dengan sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Tempoh Latihan75
Objektif PembelajaranIndividu yang berketrampilan pada CU ini mestilah boleh menyediakan keperluan aktiviti kebajikan masyarakat. Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh membuat :
i. Mengenalpasti sumber bantuan kebajikan masyarakat
ii. Menyediakan keperluan penerima bantuan.
iii. Membantu mengagihkan bantuan
Pra-Syarat0