JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019]
Kod CUA014-001-3:2019-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPEMASARAN HASIL LADANG TERNAKAN RUMINAN
Penerangan CUPemasaran Hasil Ladang Ternakan Ruminan adalah aktiviti memasarkan hasil ladang seperti susu, ternakan hidup, daging, silaj, hay, foder, makanan ternakan, baja atau tinja atau berbentuk perkhidmatan mengikut perancangan yang telah dibuat berdasarkan permintaan pasaran semasa.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja kenal pasti permintaan pasaran, merancang aktiviti pemasaran, menjalankan aktiviti pemasaran dan membuat pengurusan rekod pemasaran.

Hasil daripada kompetensi ini adalah aktiviti pemasaran hasil ladang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat dan berdasarkan permintaan pasaran.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah aktiviti pemasaran hasil ladang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat dan berdasarkan permintaan pasaran.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenal pasti permintaan pasaran.
2. Rancang aktiviti pemasaran.
3. Jalankan aktiviti pemasaran.
4. Buat pengurusan rekod pemasaran.
Pra-SyaratTidak berkaitan