JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019]
Kod CUA014-001-3:2019-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEMBELIHAN TERNAKAN RUMINAN
Penerangan CUPenyembelihan Ternakan Ruminan adalah aktiviti menyembelih bermula daripada penyediaan ternakan yang akan disembelih, kaedah mengekang, teknik menyembelih, teknik melapah, penyimpanan karkas dan pengurusan sisa sembelihan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja pindah ternakan ke tempat sembelih, mengekang ternakan untuk disembelih, menyembelih ternakan, melapah ternakan sembelih, memindah karkas ke tempat simpanan dan mengurus sisa sembelihan.

Hasil daripada kompetensi ini adalah kerja penyembelihan, melapah dan pengurusan sisa sembelihan dilaksanakan mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah kerja penyembelihan, melapah dan pengurusan sisa sembelihan dilaksanakan mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Pindah ternakan ke tempat sembelih.
2. Kekang ternakan untuk disembelih.
3. Sembelih ternakan.
4. Lapah ternakan sembelih.
5. Pindah karkas ke tempat simpanan.
6. Urus sisa sembelihan.
Pra-SyaratTidak berkaitan