JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019]
Kod CUA014-001-3:2019-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PROGRAM PEMBIAKAN TERNAKAN RUMINAN
Penerangan CUPengendalian Program Pembiakan Ternakan Ruminan ialah kerja membantu ternakan membiak dengan lebih cepat sama ada secara semula jadi atau secara permanian beradas dan juga kerja pemeriksaan kebuntingan ternakan.


Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja mengesan biang, menjalankan kerja pembiakan, menjalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan besar (lembu, kerbau) dan menjalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan kecil (kambing, bebiri).

Hasil daripada kompetensi ini adalah program pembiakan ternakan ruminan dilaksanakan dengan kaedah dan peralatan bantuan pembiakan yang betul mengikut SOP.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah program pembiakan ternakan ruminan dilaksanakan dengan kaedah dan peralatan bantuan pembiakan yang betul mengikut SOP.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan kerja mengesan biang.
2. Jalankan kerja pembiakan.
3. Jalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan besar (lembu, kerbau).
4. Jalankan pemeriksaan kebuntingan ruminan kecil (kambing, bebiri).
Pra-SyaratTidak berkaitan