JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019]
Kod CUA014-001-3:2019-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PROGRAM KESIHATAN TERNAKAN RUMINAN
Penerangan CUPengendalian Program Kesihatan Ternakan Ruminan ialah program penjagaan kesihatan ternakan seperti pencegahan penyakit, kawalan vektor, pemeriksaan kesihatan, rawatan dan sebagainya untuk memastikan tahap kesihatan ternakan terjamin.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh menjalankan program pencegahan dan kawalan penyakit ternakan, menjalankan kawalan vektor bawaan penyakit, membuat pemeriksaan fizikal dan klinikal, merawat luka kecil dan melupus bangkai ternakan.

Hasil daripada kompetensi ini adalah ternakan ruminan dapat dilindungi daripada sebarang penyakit dan luka kecil pada ternakan boleh dirawat mengikut Prosedur Operasi Standard.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah ternakan ruminan dapat dilindungi daripada sebarang penyakit dan luka kecil pada ternakan boleh dirawat mengikut Prosedur Operasi Standard.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Jalankan program pencegahan dan kawalan penyakit ternakan.
2. Jalankan kawalan vektor bawaan penyakit.
3. Buat pemeriksaan fizikal dan klinikal.
4. Rawat luka kecil.
5. Lupus bangkai ternakan.
Pra-SyaratTidak berkaitan