JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019]
Kod CUA014-001-3:2019-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN PERALATAN, KEMUDAHAN DAN SISTEM TERNAKAN
Penerangan CUPenyelenggaraan Peralatan, Kemudahan Dan Sistem Ternakan adalah proses menyelenggara, membaik pulih serta membaiki sebarang kerosakan kecil supaya peralatan, kemudahan dan sistem dapat beroperasi dengan baik dan melancarkan operasi perladangan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengenal pasti jenis penyelenggaraan peralatan, kemudahan dan sistem ternakan, menyelenggara peralatan ladang, menyelenggarakan kemudahan ladang dan menyelenggarakan sistem ternakan.

Hasil daripada kompetensi ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sebarang kerosakan kecil pada peralatan, kemudahan dan sistem ternakan dilakukan mengikut prosedur dan amalan kerja yang betul dan selamat.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sebarang kerosakan kecil pada peralatan, kemudahan dan sistem ternakan dilakukan mengikut prosedur dan amalan kerja yang betul dan selamat.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenal pasti jenis penyelenggaraan peralatan, kemudahan dan sistem ternakan.
2. Selenggara peralatan ladang.
3. Selenggara kemudahan ladang.
4. Selenggara sistem ternakan.
Pra-SyaratTidak berkaitan