JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LADANG RUMINAN [A014-001-2:2019]
Kod CUA014-001-2:2019-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN SISA TERNAKAN RUMINAN
Penerangan CUPengendalian Sisa Ternakan Ruminan adalah kerja pembersihan sisa makanan dan buangan ternakan di sekitar kandang ternakan termasuk sistem perparitan dan sisa tersebut dikumpulkan untuk dijadikan sebagai baja organik. Sisa berbentuk cecair akan dirawat sebelum dilepaskan ke sistem saliran mengikut peraturan Jabatan Alam Sekitar.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh bersihkan sistem perparitan saliran sisa ternakan, mengasingkan sisa cecair dan pepejal, merawat sisa pepejal dan rawat sisa cecair kumbahan.

Hasil daripada kompetensi ini adalah kerja pengendalian sisa ternakan ruminan dilaksanakan mengikut prosedur untuk menjamin kebersihan alam sekitar, keselamatan masyarakat dan dapat menghindarkan ternakan daripada dijangkiti penyakit.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah kerja pengendalian sisa ternakan ruminan dilaksanakan mengikut prosedur untuk menjamin kebersihan alam sekitar, keselamatan masyarakat dan dapat menghindarkan ternakan daripada dijangkiti penyakit.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Bersihkan sistem perparitan saliran sisa ternakan.
2. Asingkan sisa cecair dan pepejal.
3. Rawat sisa pepejal.
4. Rawat sisa cecair kumbahan.
Pra-SyaratTidak berkaitan