JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LADANG RUMINAN [A014-001-2:2019]
Kod CUA014-001-2:2019-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENJAGAAN TERNAKAN RUMINAN
Penerangan CUPenjagaan Ternakan Ruminan adalah satu proses menjaga ternakan ruminan daripada awal kelahiran sehingga singkiran.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengendali induk bunting berat, mengendali proses kelahiran, memberi susu kepada anak baru lahir (selepas kolostrum), mengasuh anak cerai susu, mengurus ternakan cerai susu hingga dewasa dan menimbang berat anak baru lahir sehingga singkiran.

Hasil daripada kompetensi ini adalah proses penjagaan ternakan ruminan dilaksanakan mengikut langkah dan kaedah yang betul berdasarkan Amalan Penternakan Baik (GAHP) supaya kebajikan ternakan terjaga.
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranHasil daripada kompetensi ini adalah proses penjagaan ternakan ruminan dilaksanakan mengikut langkah dan kaedah yang betul berdasarkan Amalan Penternakan Baik (GAHP) supaya kebajikan ternakan terjaga.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kendali induk bunting berat.
2. Kendali proses kelahiran.
3. Beri susu kepada anak baru lahir (selepas kolostrum).
4. Asuh anak cerai susu.
5. Kendali ternakan cerai susu hingga dewasa.
6. Timbang berat anak baru lahir sehingga singkiran.
Pra-SyaratTidak berkaitan