JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN LADANG RUMINAN [A014-001-2:2019]
Kod CUA014-001-2:2019-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KAWASAN PASTURA DAN FODER
Penerangan CUPengendalian Kawasan Pastura Dan Foder adalah kerja menanam, menyelenggara sehingga kerja menuai pastura dan foder dan dijadikan silaj. 45-60 hari tempoh yang sesuai untuk menuai pastura dan foder. Lebihan daripada rumput segar yang telah dituai akan diproses (jemur di bawah matahari 2-3 hari) untuk menghasilkan rumput kering (hay).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melakukan kerja penanaman pastura dan foder, menyelenggara kawasan pastura dan foder, menuai pastura dan foder dan menghasilkan rumput kering (hay) atau silaj.

Hasil daripada kompetensi ini adalah kawasan pastura dan foder dikendali mengikut prosedur dan spesifikasi yang betul untuk mendapatkan hasil rumput kering atau silaj yang berkualiti.
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah kawasan pastura dan foder dikendali mengikut prosedur dan spesifikasi yang betul untuk mendapatkan hasil rumput kering atau silaj yang berkualiti.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Laksanakan kerja penanaman pastura dan foder.
2. Selenggara kawasan pastura dan foder.
3. Tuai pastura dan foder.
4. Hasilkan rumput kering (hay) atau silaj.
Pra-SyaratTidak Berkaitan