JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI AKUAKULTUR IKAN HIASAN MARIN [A032-003-2:2019]
Kod CUA032-003-2:2019-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KARANG LAUT HIASAN
Penerangan CUPengendalian Karang Laut Hiasan adalah unit kompetensi yang menggariskan keterampilan dalam penjagaan karang laut mengikut Amalan Akuakultur Baik.

Personal yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk periksa kesesuaian pasir karang, periksa kesesuaian batu hidup (live rock), pasang sistem tangki ternakan, periksa parameter air, lakukan pengisian air ke dalam sistem tangki ternakan, lakukan pengkuarantinan karang laut, lakukan rawatan profilaksis, lakukan kerja pengkuarantinan ternakan berpenyakit, lakukan rawatan ternakan berpenyakit dan lakukan kerja penyelenggaraan sistem tangki ternakan.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan melaksanakan kerja-kerja pengoperasian pusat ternakan dan penjagaan karang laut hiasan mengikut prosedur pengoperasian standard dan Amalan Akuakultur Baik.

Tempoh Latihan340
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan melaksanakan kerja-kerja pengoperasian pusat ternakan dan penjagaan karang laut hiasan mengikut prosedur pengoperasian standard dan Amalan Akuakultur Baik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Periksa kesesuaian pasir karang.
2. Periksa kesesuaian batu hidup (live rock).
3. Pasang sistem tangki ternakan.
4. Periksa parameter air.
5. Isi air ke dalam sistem tangki ternakan.
6. Kuarantin karang laut yang diterima.
7. Lakukan rawatan profilaksis.
8. Kuarantin karang laut berpenyakit.
9. Rawat karang laut berpenyakit.
10. Selenggara sistem tangki ternakan.
Pra-SyaratTiada