JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI AKUAKULTUR IKAN HIASAN MARIN [A032-003-2:2019]
Kod CUA032-003-2:2019-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KUARANTIN DAN RAWATAN IKAN HIASAN MARIN
Penerangan CUPengendalian Kuarantin Dan Rawatan Ikan Hiasan Marin adalah unit kompetensi yang menggariskan keterampilan dalam memastikan kesihatan dan keselamatan ternakan terjamin daripada ancaman penyakit mengikut prosedur pengoperasian standard dan Amalan Akuakultur Baik.

Personel yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk kuarantin ikan hiasan yang diterima, lakukan rawatan profilaksis, lakukan kerja pengkuarantinan ikan hiasan berpenyakit dan lakukan rawatan ikan hiasan berpenyakit.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pengkuarantinan dan rawatan ikan hiasan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ternakan terjamin berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.

Tempoh Latihan270
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pengkuarantinan dan rawatan ikan hiasan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ternakan terjamin berdasarkan Amalan Akuakultur Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kuarantin ikan hiasan yang diterima.
2. Lakukan rawatan profilaksis.
3. Kuarantin ikan hiasan berpenyakit.
4. Rawat ikan hiasan berpenyakit.
Pra-SyaratTiada