JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI AKUAKULTUR IKAN HIASAN MARIN [A032-003-2:2019]
Kod CUA032-003-2:2019-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN TEMPAT TERNAKAN DAN ASUHAN IKAN HIASAN MARIN
Penerangan CUPenyediaan Tempat Ternakan dan Asuhan Ikan Hiasan Marin adalah unit kompetensi yang menggariskan keterampilan dalam memastikan tempat ternakan dan asuhan ikan hiasan marin mengikut spesifikasi dan Amalan Akuakultur Baik.

Personel yang kompeten dalam unit kompetensi ini berupaya untuk periksa kesesuaian pasir karang, periksa kesesuaian batu hidup (live rock), pasang sistem tangki ternakan, periksa parameter air, lakukan pengisian air ke dalam sistem tangki ternakan dan lakukan kerja penyelenggaraan sistem tangki ternakan.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menyediakan tempat ternakan dan asuhan ikan hiasan yang selamat dan memenuhi keperluan spesifikasi dan Amalan Akuakultur Baik.

Tempoh Latihan230
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan menyediakan tempat ternakan dan asuhan ikan hiasan yang selamat dan memenuhi keperluan spesifikasi dan Amalan Akuakultur Baik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Periksa kesesuaian pasir karang.
2. Periksa kesesuaian batu hidup (live rock).
3. Pasang sistem tangki ternakan.
4. Periksa parameter air.
5. Isi air ke dalam sistem tangki ternakan.
6. Selenggara sistem tangki ternakan.
Pra-SyaratTiada