JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemprosesan Produk Perikanan [C102-001-3:2019]
Kod CUC102-001-3:2019-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN PRODUK BERASASKAN SURIMI
Penerangan CUPenyediaan Produk Berasaskan Surimi ialah proses menghasilkan produk berasaskan surimi dengan penambahan bahan mentah lain melalui proses pengadunan mengikut Kawalan Keselamatan Dan Kebersihan Makanan (MeSTI).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan bahan mentah, adun bahan mentah, bentuk produk berasaskan surimi, masak produk berasaskan surimi, bungkus produk berasaskan surimi dan simpan produk berasaskan surimi.

Hasilan CU ini adalah produk berasaskan surimi mematuhi suhu, masa, bentuk dan rasa mengikut spesifikasi pengeluar.
Tempoh Latihan448
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan produk berasaskan surimi mematuhi suhu, masa, bentuk dan rasa mengikut spesifikasi pengeluar.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan bahan mentah.
2. Adun bahan mentah.
3. Bentuk produk berasaskan surimi.
4. Masak produk berasaskan surimi.
5. Bungkus produk berasaskan surimi.
6. Simpan produk berasaskan surimi.
Pra-SyaratTiada