JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemprosesan Produk Perikanan [C102-001-3:2019]
Kod CUC102-001-3:2019-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN SURIMI
Penerangan CUPenyediaan Surimi ialah proses penyiangan ikan dan buang/nyah tulang yang melalui proses larut lesap, penyaringan dan penambahan bahan krioprotektif (gula dan polifosphat) serta disejuk beku.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan ikan untuk diproses, siang ikan, nyah(buang) tulang ikan, jalankan kerja larut lesap (leaching), perah air lebihan, saring (strain) isi, adun isi ikan, bungkus surimi, sejuk beku surimi dan simpan surimi.

Hasilan CU ini adalah surimi yang dihasilkan tiada tulang, darah dan hancur halus mengikut spesifikasi pengeluar.
Tempoh Latihan336
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan surimi yang dihasilkan tiada tulang, darah dan hancur halus mengikut spesifikasi pengeluar. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan ikan untuk diproses.
2. Siang ikan.
3. Nyah (buang) tulang ikan.
4. Jalankan kerja larut lesap (leaching).
5. Perah air lebihan.
6. Saring (strain) isi ikan.
7. Adun isi ikan.
8. Bungkus surimi.
9. Sejuk beku surimi.
10. Simpan surimi.
Pra-SyaratTiada