JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemprosesan Produk Perikanan [C102-001-3:2019]
Kod CUC102-001-3:2019-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWETAN PRODUK PERIKANAN (BASAH)
Penerangan CUPengawetan Produk Perikanan (Basah) adalah produk perikanan yang diproses menggunakan kaedah pemerapan dan pemeraman mengikut Kawalan Keselamatan Dan Kebersihan Makanan (MeSTI). Contoh produk perikanan (basah) adalah seperti ikan pekasam, ikan jeruk, budu dan cencaluk.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan bahan mentah untuk diproses, siang ikan, awet ikan, bungkus produk awet dan simpan produk awet.

Hasilan CU ini adalah produk perikanan yang telah diawetkan bebas dari pencemaran.
Tempoh Latihan224
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan produk perikanan yang telah diawetkan bebas dari pencemaran.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan bahan mentah untuk diproses.
2. Siang ikan.
3. Awet ikan.
4. Bungkus produk awet.
5. Simpan produk awet.
Pra-SyaratTiada