JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Pemprosesan Produk Perikanan [C102-001-3:2019]
Kod CUC102-001-3:2019-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN IKAN SEJUK BEKU
Penerangan CUPenyediaan Ikan Sejuk Beku adalah kerja-kerja memproses ikan sebelum disimpan di dalam keadaan sejuk beku berpandukan dengan Kawalan Keselamatan Dan Kebersihan Makanan (MeSTI).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan ikan untuk disejuk beku, siang ikan untuk dibekukan, lakukan kerja sejuk beku, bungkus ikan yang telah disejuk beku dan simpan ikan yang telah disejuk beku.

Hasilan CU ini adalah sukatan suhu dan masa pembekuan mengikut spesifikasi pengeluar produk sejuk beku.
Tempoh Latihan112
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk memastikan sukatan suhu dan masa pembekuan mengikut spesifikasi pengeluar produk sejuk beku.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan ikan untuk disejuk beku.
2. Siang ikan untuk dibekukan.
3. Lakukan kerja sejuk beku.
4. Bungkus ikan yang telah disejuk beku.
5. Simpan ikan yang telah disejuk beku.
Pra-SyaratTiada