JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Koperasi [K642-001-5:2016]
Kod CUK642-001-5:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CU PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KOPERASI
Penerangan CUPengurusan Kewangan Dan Perakaunan koperasi menjelaskan kompetensi merancang, mengatur, memimpin dan mengawal fungsi kewangan dan perakaunan koperasi sehingga matlamat yang ditentukan ahli tercapai dalam semangat berkoperasi.

Seseorang yang kompeten dalam CU ini mestilah boleh urus perancangan pengurusan kewangan dan perakaunan koperasi, urus aliran tunai perniagaan koperasi, urus modal kerja, urus hal ehwal pelaburan, urus aset & inventori stok dan urus risiko koperasi.

Hasil kompetensi ini ialah untuk menyediakan pengurusan kewangan dan perakaunan yang sistematik, telus, lengkap dan bertanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Ini termasuklah pengurusan dana yang cekap, penyediaan khidmat nasihat pelaburan yang bijak, kawalan perbelanjaan yang memfokuskan objektif, penyimpanan rekod yang sistematik dan selamat, penyediaan laporan perakaunan yang jelas dan tepat serta pengurusan risiko yang munasabah.
Tempoh Latihan370
Objektif PembelajaranOrang yang kompeten dalam CU ini hendaklah boleh menyediakan pengurusan kewangan dan perakaunan yang sistematik, telus, lengkap dan bertanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang dan peraturan koperasi yang berkuat kuasa. Ini termasuklah pengurusan dana yang cekap, penyediaan khidmat nasihat pelaburan yang bijak, kawalan perbelanjaan yang memfokuskan objektif, penyimpanan rekod yang sistematik dan selamat, penyediaan laporan perakaunan yang jelas dan tepat serta pengurusan risiko yang munasabah. Setelah menyempurnakan unit kompetensi ini, pelatih boleh;

1. Urus Perancangan Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Koperasi
2. Urus Aliran tunai Perniagaan
3. Urus Modal Kerja
4. Urus Hal Ehwal Pelaburan
5. Urus Aset Dan Inventori Stok
6. Urus Risiko perniagaan koperasi
7. Laksana penyediaan Laporan Penyata Kewangan Koperasi
Pra-Syarat0