JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017]
Kod CUA014-002-5:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PENTADBIRAN LADANG POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengurusan Pentadbiran Ladang Poltri/Unggas aktiviti pengurusan operasi ladang yang merangkumi pengesahan dokumentasi seperti SOP Ladang, manual kerja, rekod, dan lain-lain), menangani sumber tenaga manusia, menyediakan bajet operasi , merancang perolehan dan pelupusan aset ladang.Aktiviti-aktiviti yang terlibat
ialah sahkan aktiviti dokumentasi ladang poltri/unggas, uruskan sumber tenaga kerja ladang,
sediakan bajet pengurusan ladang , rancang perolehan keperluan operasi ladang Poltri/Unggas dan urus pelupusan aset ladang mengikut SOP Operasi Ladang, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.
Hasilan unit kompetensi ini ialah operasi ladang yang terurus dengan lancar, teratur dan membantu ladang memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan ladang dengan terurus dengan lancar, teratur dan membantu ladang memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Sahkan Aktiviti Dokumentasi Ladang Poltri/Unggas
2. Uruskan Sumber Tenaga Kerja Ladang
3. Sediakan Bajet Pengurusan Ladang
4. Rancang Perolehan Keperluan Operasi Ladang Poltri/Unggas
5. Urus pelupusan aset ladang
Pra-SyaratTIADA