JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017]
Kod CUA014-002-5:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PUSAT PENETASAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengurusan Pusat Penetasan Poltri/Unggas ialah aktiviti penetasan telur poltri/unggas dengan membuat unjuran penetasan ,menjaga keperluan tempat penetasan, suhu persekitaran dan pengudaraan dalam tempoh yang tertentu. Tempat penetasan disediakan terlebih dahulu pemindahan telur yang terpilih mengikut spesifikasi proses penetasan poltri/unggas.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang sistem penetasan poltri/ Unggas, sediakan Unjuran Hasil Penetasan, merancang jadual pengeluaran hasil penetasan,
analisis prestasi penetasan,
merancang tindakan pembetulan/pemulihan pencapaian prestasi dan memastikan Pematuhan Pengendalian Sisa Buangan Proses Penetasan mengikut SOP Penetasan, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah hasil penetasan menepati jadual dan unjuran prestasi, kurang kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan hasil penetasan menepati jadual dan unjuran prestasi, kurang kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Rancang Sistem Penetasan Poltri/ Unggas
2. Sediakan Unjuran Hasil Penetasan
3. Rancang Jadual Pengeluaran Hasil Penetasan
4. Analisis Prestasi Penetasan
5. Rancang Tindakan pembetulan/pemulihan pencapaian prestasi
6. Pastikan Pematuhan Pengendalian Sisa Buangan Proses Penetasan
Pra-SyaratTIADA