JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017]
Kod CUA014-002-5:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PENGELUARAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengurusan Pengeluaran Poltri/Unggas ialah aktiviti mengeluarkan hasil ladang sama ada telur, DOC atau ayam daging berdasarkan sasaran unjuran pengeluaran dan polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah sediakan unjuran pengeluaran, rancang pengurusan sisa ladang, nilai prestasi pengeluaran dan
rancang tindakan pemulihan dan penambahbaikan pengeluaran mengikut SOP Pengeluaran, ,Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pengeluaran hasil ladang yang menepati unjuran sasaran, hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tempoh Latihan230
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan pengeluaran hasil ladang yang menepati unjuran sasaran, hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Sediakan Unjuran Pengeluaran
2. Rancang Pengurusan Sisa Ladang
3. Nilai Prestasi Pengeluaran
4. Rancang Tindakan Pemulihan Dan Penambahbaikan Pengeluaran
Pra-SyaratTIADA