JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017]
Kod CUA014-002-5:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PERINDUKAN DAN PEMBESARAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengurusan Perindukan dan Pembesaran Poltri/Unggas ialah aktiviti pemeliharaan anak poltri/unggas dengan menjaga keperluan makanan, suhu persekitaran dan pengudaraan dalam tempoh yang tertentu (10-14 hari). Tempat perindukan yang disediakan dipastikan terlebih dahulu sebelum penerimaan anak tersebut. Seterusnya selepas tempoh tersebut, aktiviti peringkat pembesaran diteruskan mengikut spesifikasi pembesaran poltri/unggas.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah sahkan pelaksanaan proses perindukan, nilaikan tumbesaran Poltri/Unggas, Poltri/Unggas, rancang Aktiviti Pemilihan poltri/Unggas dan rancang penyediaan peringkat sebelum Bertelur mengikut SOP Perindukan dan Pembesaran,Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah anak poltri/unggas berada dalam proses perindukan yang mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan230
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan anak poltri/unggas berada dalam proses perindukan mematuhi spesifikasi, kurang kadar kematian dan menjalani proses pembesaran mengikut SOP, akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Sahkan pelaksanaan proses perindukan
2. Nilaikan Tumbesaran Poltri/Unggas
3. Selaraskan Program Pengurusan Pembesaran Poltri/ Unggas
4. Rancang Aktiviti Pemilihan Poltri/Unggas
5. Arahkan Tindakan Pemulihan Pembesaran Poltri/Unggas
6. Rancang Penyediaan Peringkat Sebelum Bertelur
Pra-SyaratTIADA