JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017]
Kod CUA014-002-5:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN LADANG POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengurusan Pembangunan Dan Penyenggaraan Ladang Poltri/Unggas ialah aktiviti penyediaan tapak ladang poltri/yang baru dan membaik pulih/ menyelenggarakan ladang yang sedia ada.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah rancang keperluan pembangunan dan penyenggaraan ladang, selaraskan keperluan kelulusan pembangunan ladang, selaraskan perjalanan projek pembangunan, selaraskan uji lari operasi perladangan dan urus risiko operasi ladang mengikut SOP Ladang, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.
Hasilan unit kompetensi ini ialah ladang poltri/unggas baru yang lengkap, berstruktur , sistematik dan dapat beroperasi dengan lancar dibangunkan dan ladang sedia ada mampu beroperasi mengikut perancangan organisasi.
Tempoh Latihan150
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menguruskan pembangunan ladang poltri/unggas baru yang lengkap, berstruktur , sistematik dan dapat beroperasi dengan lancar dan ladang sedia ada mampu beroperasi mengikut perancangan organisasi. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Rancang Keperluan Pembangunan Dan Penyenggaraan Ladang
2. Selaraskan Keperluan Kelulusan Pembangunan Ladang
3. Selaraskan Perjalanan Projek Pembangunan
4. Selaraskan Uji Lari Operasi Perladangan
5. Urus Risiko Operasi Ladang
Pra-SyaratTIADA