JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-5:2017]
Kod CUA014-002-5:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN SISTEM BIOSEKURITI LADANG POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengurusan Sistem Biosekuriti Ladang Poltri/Unggas ialah aktiviti pengurusan pencegahan, pengawalan dan pembasmian jangkitan penyakit dan perosak yang menyebabkan kematian poltri/unggas. Langkah pencegahan dan keselamatan dilaksanakan terhadap faktor yang boleh membawa wabak penyakit/kuman termasuk makanan, air, induk, kenderaan, peralatan dan personel yang keluar masuk ladang. Oleh itu kesempurnaan pagar kelililing dan gate diberi perhatian serius. Aspek kebersihan ,tatacara dan kaedah disinfeksi yang betul dititikberatkan dalam operasi perladangan dan sewaktu pergerakan keluar masuk ladang serta di dalam ladang sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah rancang keperluan program Biosekuriti, sediakan Program Pembasmian Kuman, pantau pematuhan SOP Biosekuriti luar dan dalam ladang,
pantau penggunaan bahan kimia yang diluluskan,
sediakan rancangan tindakan pemulihan Biosekuriti dan sediakan laporan pengurusan sistem Biosekuriti mengikut SOP Biosekuriti, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman dilaksanakan dengan pengurusan sistematik dan konsisten bagi menjamin keselamatan ladang poltri/unggas dan
memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan150
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengurus pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman dilaksanakan dengan sistematik dan konsisten bagi menjamin keselamatan ladang poltri/unggas dan memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Rancang Keperluan Program Biosekuriti
2. Sediakan Program Pembasmian Kuman
3. Pantau Pematuhan SOP Biosekuriti Luar Dan Dalam Ladang
4. Pantau Penggunaan Bahan Kimia Yang Diluluskan
5. Sediakan Rancangan Tindakan Pemulihan Biosekuriti
6. Sediakan Laporan Pengurusan Sistem Biosekuriti
Pra-SyaratTIADA