JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-5:2018]
Kod CUA032-002-5:2018-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI LADANG AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPengurusan kualiti dan produktiviti ladang akuakultur marin merupakan aktiviti mengurus sebuah projek ternakan akuakultur marin yang berkualiti dan mempunyai standard yang diiktiraf oleh agensi pengeluar piawaian standard. Projek ini mestilah sentiasa mengekalkan kualiti dan standard dan bersedia di nilai dari masa ke semasa berkaitan kualiti dan standardnya.

Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan kualiti dan produktiviti ladang akuakultur marin mesti boleh kenalpasti keperluan kualiti dan produtiviti ladang akuakultur marin, laksanakan aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti ladang, pantau penguakuasaan aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti, urus perbelanjaan operasi dan buat pembentangan produktiviti ladang ternakan akuakultur marin.

Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai amalan harian dan menghasilkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan standard dapat dihasilkan dan mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah Personel yang telah trampil dalam pengurusan kualiti dan standard ladang akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai amalan harian dan menghasilkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan standard serta mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti keperluan kualiti dan produtiviti ladang akuakultur marin 2. Laksanakan aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti ladang 3. Pantau penguakuasaan aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti 4. Urus perbelanjaan operasi 5. Buat pembentangan produktiviti ladang ternakan akuakultur marin PRA
Pra-Syarat0