JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPERKHIDMATAN PENTADBIRAN LADANG AKUAKULTUR
Penerangan CUPerkhidmatan pentadbiran ladang akuakultur merupakan proses memperkasakan urustadbir bahagian pentadbiran projek ternakan akuakulturair tawar. Bahagian pentadbiran merupakan bahagian hadapan yang sangat penting dimana pengurusan sumber manusia, perakaunan, pembelian dan jualan serta hubungan pelanggan di rancang dan gerakkan.

Mereka yang berketrampilan dalam perkhidmatan pentadbiran ladang akuakultur mesti boleh sediakan carta organisasi dan carta alir perkhidmatan syarikat, tadbir urusan pembelian (procurement) syarikat, tadbir rekod inventori, tadbir sistem perfailan dan maklumat syarikat, selia pengurusan kewangan syarikat, tadbir rekod sumber manusia, tadbir pembangunan latihan kakitangan dan tadbir hubungan antara industri dan masyarakat

Hasil dari ketrampilan ini ialah sebuah urustadbir kepada perkhidmatan sumber manusia, kewangan, jualbeli, perolehan dan perkhidmatan hubungan pelanggan yang berkesan dan cemerlang dapat di laksanakan berdasarkan Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dan ISO-MS
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam perkhidmatan pentadbiran ladang akuakultur berkebolehan mengurus perkhidmatan sumber manusia, kewangan, jualbeli, perolehan dan perkhidmatan hubungan pelanggan dengan berkesan dan cemerlang berdasarkan ISO-MS Amalan dan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Sediakan carta organisasi dan carta alir perkhidmatan syarikat
2. Tadbir urusan pembelian (procurement) syarikat
3. Tadbir rekod inventori
4. Tadbir sistem perfailan dan maklumat syarikat
5. Selia pengurusan kewangan syarikat
6. Tadbir rekod sumber manusia
7. Tadbir pembangunan latihan kakitangan
8. Tadbir hubungan antara industri dan masyarakat
Pra-Syarat0