JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-5:2018]
Kod CUA032-002-5:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBANGUNAN PEMASARAN PRODUK TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPembangunan pemasaran produk ternakan akuakultur marin merupakan suatu kemahiran penting dalam memasarkan produk akuakultur marin. Mereka yang berketrampilan dalam pembangunan pemasaran produk ternakan akuakultur mesti boleh tentukan keperluan pemasaran produk ternakan akuakultur, tentukan elemen pemasaran bersesuaian, rancang aktiviti elemen pemasaran, jalankan aktiviti pemasaran produk akuakultur, buat post mortem pemasaran dan bentang laporan pembangunan pemasaran produk ternakan akuakultur marin.

Hasil dari ketrampilan ini pembangunan pemasaran produk ternakan akuakultur marin dapat dihasilkan untuk perancangan projek yang mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah Personel yang telah trampil dalam pembangunan pemasaran produk ternakan akuakultur berkebolehan untuk merancang aktiviti pemasaran produk ternakan akuakultur marin kepada pelanggan yang tepat pada harga yang menarik mengikut Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Tentukan keperluan pemasaran produk ternakan akuakultur 2. Tentukan elemen pemasaran bersesuaian 3. Rancang aktiviti elemen pemasaran 4. Jalankan aktiviti pemasaran produk akuakultur 5. Buat post mortem pemasaran 6. Bentang laporan pembangunan pemasaran produk ternakan akuakultur marin
Pra-Syarat0