JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPERANCANGAN PROMOSI AKUAKULTUR
Penerangan CUPerancangan promosi akuakultur merupakan urustadbir kepada aktiviti promosi produk ternakan akuakultur air tawar. Aktiviti promosi melibatkan kaedah konvensional dan E-marketing yang semakin popular sekarang. Perjalanan promosi yang baik dan tersusun akan menjadikan produk ternakan dapat dipasarkan dengan sempurna dan membantu penternak meningkatkan jualan.
Mereka yang berketrampilan dalam perancangan promosi akuakultur mesti boleh dapatkan keperluan program promosi produk ternakan akuakultur, rancang aktiviti promosi, jalankan aktiviti promosi produk akuakultur dan buat laporan aktiviti promosi produk akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini ialah jualan produk ternakan akuakultur air tawar dapat di tingkatkan dengan adanya urustadbir promosi yang sistematik, tersusun dan berkesan.
Tempoh Latihan96
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam perancangan promosi akuakultur berkebolehan melakukan urustadbir promosi yang sistematik, tersusun dan berkesan bagi meningkatkan jualan produk ternakan akuakultur air tawar. Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Dapatkan keperluan program promosi produk ternakan akuakultur
2. Rancang aktiviti promosi
3. Jalankan aktiviti promosi produk akuakultur
4. Buat laporan aktiviti promosi produk akuakultur
Pra-Syarat0