JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-5:2018]
Kod CUA032-002-5:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN RISIKO LADANG TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPengurusan risiko ladang ternakan akuakultur marin merupakan suatu kemahiran penting dalam mengendali risiko yang sentiasa mengancam projek ternakan akuakultur. Risiko-risiko ini biasanya tidak boleh dihalang namun ianya boleh diurus bagi menjadikan kesannya tidak terlalu besar dan merbahaya kepada perniagaan ternakan akuakultur. Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur mesti boleh kenalpasti jenis risiko perniagaan dan ternakan akuakultur, analisis faktor dan punca risiko, urus risiko perniagaan dan ternakan akuakultur dan bentang laporan pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini sebarang risiko kepada projek ternakan akuakultur dapat dikendalikan dengan baik dan kesan bahayanya dapat dikurangkan mengikut Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini Personel yang telah trampil dalam pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur berkebolehan mengurus dengan baik sebarang risiko keatas projek ternakan akuakultur supaya bahayanya dapat dikurangkan mengikut Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti jenis risiko perniagaan dan ternakan akuakultur marin 2. Analisis faktor dan punca risiko 3. Urus risiko perniagaan dan ternakan akuakultur 4. Bentanglaporan pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur
Pra-Syarat0