JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-5:2018]
Kod CUA032-002-5:2018-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPERANCANGAN PERNIAGAAN PROJEK AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPerancangan perniagaan projek akuakultur marin merupakan persediaan secara teliti dan terperinci pelan perniagaan sebuah projek ternakan akuakultur yang meliputi persediaan operasi, pentadbiran dan kewangan. Didalam pelan ini juga digambarkan unjuran jangkamasa pulang modal (ROI) dan potensi dimasa hadapan. Mereka yang berketrampilan dalam perancangan perniagaan projek akuakultur mesti boleh tentukan jenis projek ternakan akuakultur, menilai cadangan projek ternakan akuakultur, sediakan rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur dan bentang rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini sebuah pelan perniagaan yang teliti dan terperinci dapat dihasilkan untuk perancangan projek ternakan akuakultur marin yang mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah Personel yang telah trampil dalam perancangan perniagaan projek akuakultur berkebolehan menyediakan sebuah pelan perniagaan yang teliti dan terperinci untuk perancangan projek ternakan akuakultur marin yang mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Tentukan jenis projek ternakan akuakultur marin 2. Jalankan penilaian cadangan projek ternakan akuakultur marin 3. Sediakan rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur marin 4. Bentang rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur marin
Pra-Syarat0