JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUURUS TADBIR PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN DAN SISTEM BIOSEKURITI
Penerangan CUUrus tadbir pengiktirafan persijilan dan sistem biosekuriti merupakan satu keperluan kepada projek ternakan akuakultur air tawar. Sistem biosekuriti yang baik disediakan untuk menghalang musuh dan penyakit menyerang dari luar ke dalam ladang, dari dalam ke dalam dan dari dalam ke luar ladang. Bagi memastikan ladang telah mempraktikkan semua aspek keselamatan ini, pengiktirafan dari agensi dan badan yang mengeluarkan sijil seperti MyGAP dan ISO-MS perlu didapatkan.

Mereka yang berketrampilan dalam penyediaan cadangan projek akuakultu mesti boleh analisis laporan musuh dan penyakit ternakan, selia perlaksanaan sistem biosekuriti, tadbir program pengiktirafan ladang, dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan urustadbir pengiktirafan dan sistem biosekuriti

Hasil dari ketrampilan ini sebuah ladang ternakan akuakultur air tawar yang mempunyai struktur keselamatan yang tinggi dan diiktiraf oleh agensi pengiktiran piawaian dapat di hasilkan menepati kehendak MyGAP dan ISO-MS
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam urus tadbir pengiktirafan persijilan dan sistem biosekuriti berkebolehan mengurus sebuah projek akuakultur yang mempunyai struktur keselamatan yang tinggi dan diiktiraf oleh agensi pengiktiran piawaian serta menepati kehendak MyGAP dan ISO-MS. Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Analisislaporan musuh dan penyakit ternakan
2. Selia perlaksanaan sistem biosekuriti
3. Tadbir program pengiktirafan ladang
4. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan urustadbir pengiktirafan dan sistem biosekuriti
Pra-Syarat0