JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN OPERASI AKUAKULTUR
Penerangan CUPentadbiran operasi akuakultur merupakan aktiviti harian dalam urustadbir pembesaran ternakan akuakultur. Operasi ternakan yang sempurna dan sistematik dengan pemantau yang betul mesti meliputi halehwal pemakanan, kesihatan dan tuaian ternakan yang terurus bagi mengelakkan sebarang salah kendalian (wrong handling) yang membawa kepada kerugian.

Mereka yang berketrampilan dalam pentadbiran operasi akuakultur mesti boleh analisis laporan status ternakan, analisis laporan pengurusan makanan ternakan, analisis laporan pengurusan kesihatan ternakan, periksa laporan senggaraan kolam, periksa laporan tuaian hasil, analisis laporan jualan hasil tuaian ternakan dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan pentadbiran operasi ternakan akuakultur

Hasil dari ketrampilan ini ialah sebuah projek akuakultur yang mempunyai urustadbir operasi yang cemerlang dapat dihasilkan dengan segala aktiviti hariannya menepati Amalan Pertanian Baik (MyGAP)
Tempoh Latihan96
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam pentadbiran operasi akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek akuakultur dengan urustadbir operasi yang cemerlang dengan segala aktiviti hariannya menepati amalan pertanian baik (MyGAP). setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Analisis laporan status ternakan
2. Analisis laporan pengurusan makanan ternakan
3. Analisislaporan pengurusan kesihatan ternakan
4. Periksalaporan senggaraan kolam
5. Periksalaporan tuaian hasil
6. Analisis laporan jualan hasil tuaian ternakan
7. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan pentadbiran operasi ternakan akuakultur
Pra-Syarat0