JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN SUMBER BENIH AKUAKULTUR
Penerangan CUPentadbiran sumber benih akuakultur merupakan urustadbir menjaga kualiti benih ternakan dengan memastikan ianya merupakan benih dari punca yang berkualiti dan dibawah pemerhatian serta kendalian yang sempurna. Benih yang berkualiti merupakan antara faktor utama kadar selamat (survival rate) ternakan hingga kepada pembesarannya.

Mereka yang berketrampilan dalam pentadbiran sumber benih akuakultur mesti boleh tentukan sumber benih ternakan akuakultur, buat pesanan belian benih, pantau kualiti dan kuantiti benih yang diterima, pantau penyenggaraan benih yang diterima dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber benih

Hasil dari keterampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur akan mengendalikan benih ternakan dengan teliti, meningkatkan kadar selamat dan menepati sasaran pelan perancangan kolam serta mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan144
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam pentadbiran sumber benih akuakultur berkebolehan mengurus benih ternakan dengan teliti, meningkatkan kadar selamat benih dan menepati sasaran pelan perancangan kolam serta mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Tentukan sumber benih ternakan akuakultur
2. Buat pesanan belian benih
3. Pantau kualiti dan kuantiti benih yang diterima
4. Pantau penyenggaraan benih yang diterima
5. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber benih
Pra-Syarat0