JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN SUMBER DAN KUALITI AIR AKUAKULTUR
Penerangan CUPengurusan sumber dan kualiti air akuakultur merupakan antara proses terpenting dalam industri akuakultur air tawar. Mentadbir kualiti dan kuantiti air bagi sebuah ladang akuakultur bukan sekadar memastikan ternakan dapat hidup selamat sepanjang masa dan musim malah ianya dapat menjadikan ternakan mempunyai rasa yang lebih enak.

Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan sumber dan kualiti air akuakultur mesti boleh tentukan jumlah ketrampilan keperluan pengairan, analisis laporankualiti air, rancang aktiviti pengairan, cadangkan rawatan kualiti air yang berkesan dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber dan kualiti air

Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai sistem pengairan yang baik, keperluan air untuk ternakan yang terancang dan kualiti air yang tinggi mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dapat dihasilkan.
Tempoh Latihan144
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam pengurusan sumber dan kualiti air akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai sistem pengairan yang baik, keperluan air untuk ternakan yang terancang dan kualiti air yang tinggi yang mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Tentukan jumlah keperluan pengairan
2. Analisis laporan kualiti air
3. Rancang aktiviti pengairan
4. Cadangkan rawatan kualiti air yang berkesan
5. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber dan kualiti air
Pra-Syarat0