JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI FLORIKULTUR [A011-001-3:2018]
Kod CUA011-001-3:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PENYUSUNAN NURSERI (PLOT)
Penerangan CUOperasi penyusunan nurseri merupakan operasi yang melaksanakan proses penyusunan tanaman ornamental yang berkesan dalam nurseri. Operasi ini penting bagi tujuan penggunaan ruang dengan berkesan, strategi perniagaan dan keperluan pertumbuhan tanaman ornamental.

Mereka yang berketrampilan dalam operasi penyusunan nurseri mesti boleh untuk kenalpasti keperluan dalam penyusunan nurseri, laksanakan penyusunan nurseri dan rekod hasil penyusunan nurseri.

Hasil dari ketrampilan ini adalah operasi penyusunan nurseri dapat dilaksanakan dengan teknik dan kaedah yang berkesan untuk memastikan pengurusan nurseri yang sistematik.
Tempoh Latihan144
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah dapat melaksanakan operasi penyusunan nurseri dengan teknik dan kaedah yang berkesan untuk memastikan pengurusan nurseri yang sistematik.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti keperluan dalam penyusunan nurseri
2. Laksanakan penyusunan nurseri
3. Rekod hasil penyusunan nurseri
Pra-Syarat0