JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PEMBALAKAN (PENEBANGAN & PENARIKAN KAYU) [A022-003-3:2017]
Kod CUA022-003-3:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN PENUTUPAN KAWASAN USAHA HASIL
Penerangan CUPerlaksanaan penutupan kawasan usaha hasil hutan adalah satu langkah dan proses kerja penutupan hutan selepas kerja-kerja penebangan pokok balak selesai. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam langkah-langkah penutupan kawasan usaha hasil bagi menentukan pengurusan hutan secara berkekalan dapat dicapai.

Calon yang kompeten akan berupaya menutup lorong penarik, menutup matau sementara, menutup matau utama, menutup jalan tuju, menutup kawasan kongsi dan menyelenggara jalan tuju


Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan kaedah penutupan usaha hasil hutan di laksanakan dengan teratur dan mengikut garis panduan dan petunjuk pengurusan hutan secara berkekalan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranPelaksanaan penutupan kawasan usaha hasil adalah kemahiran untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penyeliaan dan perlaksanaan penutupan kawasan usaha hasil mengikut garis panduan Jabatan Perhutanan bagi mempastikan keadaan hutan dapat dipulihkan seperti sebelum kerja-kerja pembalakan dilakukan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Menutup lorong penarik.
• Menutup matau sementara.
• Menutup matau utama.
• Menutup jalan tuju.
• Menutup kongsi
• Menyelenggara jalan tuju
Pra-Syarat0