JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PEMBALAKAN (PENEBANGAN & PENARIKAN KAYU) [A022-003-3:2017]
Kod CUA022-003-3:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN OPERASI DI KAWASAN USAHA HASIL
Penerangan CUPerlaksanaan operasi dikawasan usaha hasil balak adalah satu fungsi kerja dan kaedah pengawalan proses penebangan balak di kawasan hasil usaha hutan.
Kompetensi ini menerangkan keperluan pemantaun operasi dan pekerjaan pembalakan bagi mendapatkan hasil yang optimum dan pengurangan impak pembalakan.

Calon yang kompetent akan berupaya menyelia kerja-kerja penebangan dan penarikan kayu balak, menyediakan keperluan kebajikan pekerja, memeriksa tahap kebersihan dan pematuhan keselamatan di lapangan dan menyediakan laporan kemajuan penuaian balak

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan operasi penebangan pokok balak dilapangan dan operasi di kawasan usaha hasil dapat dijalankan dengan lancar bagi mandapatkan hasil kayu balak yang maksimum dan dapat memenuhi keperluan seperti dinyatakan didalam Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pensijilan Pengurusan Hutan (MC&I).
Tempoh Latihan430
Objektif PembelajaranPelaksanaan operasi kawasan usaha hasil adalah kemahiran untuk melakukan aktiviti-aktiviti penyeliaan dan perlaksanaan kerja-kerja penebangan pokok dan penarikan kayu balak di blok penebangan dan penyeliaan kawasan kongsi. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Menyelia kerja-kerja penebangan pokok dan penarikan kayu balak
• Menyelia keperluan kebajikan pekerja
• Memeriksa tahap kebersihan dan pematuhan keselamatan di lapangan
• Penyeliaan pentadbiran dikawasan usaha hasil
• Menyediakan laporan kemajuan penebangan pokok balak
Pra-Syarat0