JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PEMBALAKAN (PENEBANGAN & PENARIKAN KAYU) [A022-003-3:2017]
Kod CUA022-003-3:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN JALAN HUTAN
Penerangan CUPemantauan pembinaan dan penyelenggaraan jalan hutan merupakan fungsi pemantauan perlaksanaan pembinaan dan perlaksanaan penyelenggaraan jalan hutan bagi memenuhi peraturan dari Jabatan Perhutanan
Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam kerja-kerja pemantauan pembinaan dan perlaksanaan penyelenggaraan bagi mematuhi Petunjuk Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi mengurangkan impak pembalakan.

Calon yang kompeten akan berupaya mentafsir garis panduan pembinaan jalan hutan, memantau pembinaan jalan hutan dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan hutan

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan pembinaan dan penyelengaraan jalan hutan dijalankan mengikut keperluan bagi mengurangkan impak buruk kerja-kerja penebangan pokok balak kepada persekitaran hutan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranPemantauan pembinaan dan penyelenggaraan jalan hutan adalah kemahiran untuk melakukan pemantauan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan-jalan hutan mengikut garis panduan dari Jabatan Perhutanan bagi memastikan jalan hutan sentiasa berada didalam keadaan baik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Mentakrif garis panduan pembinaan jalan hutan
• Memantau pembinaan jalan hutan
• Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan hutan
Pra-Syarat0