JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI PEMBALAKAN (PENEBANGAN & PENARIKAN KAYU) [A022-003-3:2017]
Kod CUA022-003-3:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEMAKAN PENGUKURAN TANAH DAN PEMETAAN
Penerangan CUPenyemakan pengukuran tanah dan pemetaan merupakan skop kerja bagi menanda kedudukan sebenar di lapangan seperti yang tertera di pelan-pelan Rancangan Mengusaha hasil Hutan (RMH). Kompetensi ini menerangkan kaedah mentakrif kandungan dalam RMH dan menjalankan kerja-kerja penyemakan menanda dilapangan kawasan usaha hasil

Calon yang kompeten akan mentafsir pelan-pelan didalam Rancangan Mengusaha hasil Hutan (RMH), menyemak pengukuran dan penandaan di lapangan dan menyediakan laporan hasil penyemakan penandaan dilapangan.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk pentakrifan RMH dan menyemak penandaan di kawasan usaha hasil bagi panduan untuk kerja-kerja penebangan dan pengawalan pokok balak
Tempoh Latihan80
Objektif PembelajaranPenyemakan pengukuran tanah dan pemetaan adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja menyemak dan mengesahkan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan yang ada dilapangan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Mentakrif pelan-pelan didalam Rancangan Mengusaha hasil Hutan (RMH)
• Menyemak pengukuran dan penandaan di lapangan
• Menyediakan laporan hasil penyemakan penandaan dilapangan
Pra-Syarat0