JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN PERKAPALAN PENANGKAPAN IKAN [A031-001-5:2018]
Kod CUA031-001-5:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN TEKNIKAL PERKAPALAN PENANGKAPAN IKAN
Penerangan CUPengurusan Teknikal Perkapalan Penangkapan Ikan merupakan satu proses pemilikan vesel samada ianya vesel baru atau terpakai dan juga satu keterampilan untuk organisasi tersebut menguruskan hal-hal teknikal vesel seperti kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan persijilan seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Seseorang yang terlibat di dalam unit kompetensi ini mesti berkemahiran untuk mengurus pembinaan vesel, mengurus pembelian vesel terpakai, mengurus penyelenggaraan vesel, mengurus pemeriksaan dan pembaikan vesel dan juga mengurus pembaharuan lesen dan persijilan vesel.

Hasil daripada keterampilan ini ialah untuk organisasi perikanan tangkapan tersebut berjaya menguruskan setiap proses pemilikan, penyelenggaraan, pembaikan dan persijilan vesel mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk organisasi perikanan tangkapan tersebut Berjaya menguruskan setiap proses pemilikan, penyelenggaraan, pembaikan dan persijilan vesel mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Urus pembinaan vesel
2. Urus pembelian vesel terpakai
3. Urus penyelenggaraan vesel
4. Urus pemeriksaan dan pembaikan vesel
5. Urus pembaharuan lesen dan persijilan vesel
Pra-Syarat0